Rabu, 14 Oktober 2020
17
DR SAY BERDEPAN
DILEMA
Pengacara
My
Doktor
, Dr
Say Shazril mengakui serba
salah
untuk
menerima
tawaran berkhidmat sebagai
sukarelawan di Sabah.
Jelas Dr Say, situasi semasa
keluarganya membuatkannya
berat hati untuk berpisah
selama sebulan.
“Sebagai seorang freelance
doktor, saya punyai banyak
masa terluang. Baru-baru ni
@mercymalaysia mesej me-
nyatakan mereka memerlukan
sukarelawan untuk membantu
keadaan di Sabah.
“Semestinya saya rasa ter-
panggil untuk membantu,
maka terus saya mesej me-
reka. Jawapan mereka, “Kali ni
berbeza, dua minggu akan ke
sana dan dua minggu seterus-
nya akan dikuarantin di hotel,”
terduduk saya mendengarnya.
“Saya serius okey dua
minggu ke sana. Yang sedikit
berat adalah dua minggu
dikuarantin di hotel.
“Pertama, isteri saya tengah
sambung belajar maka sedikit
sukar untuk dia menghantar
dan menjemput Ace dari
sekolah.
“Kedua, saya dan isteri
merancang untuk menimang
cahaya mata kedua maka jika
sebulan berjauhan, sedikit
terganggu rancangan kami.
“Ketiga,
sebulan
saya
takkan jumpa Ace dalam erti
lain sebulan tiada story Ace,
followers saya marah nanti,”
tulis Dr Say di Instagramnya.
Pada masa sama, kedua-
dua ibu bapanya juga sukar
DrSayberdepandenganpelbagaidilemauntukmenerimatawaranberkhidmat
sebagai sukarelawan di Sabah. - Agensi
untuk melepaskannya bertugas
sebagai sukarelawan di Sabah.
“Kalau saya tanya kedua-
dua ibu bapa saya semestinya
mereka berat untuk lepaskan
saya sebab isteri saya pun
berikiran begitu.
“Tapi tak sedap hati rasanya
jika duduk diam tak membantu
negara.
“Saya dah tanya “tak
perlukan
sukarelawan
di
Semenanjung
ke?”.
Kata
mereka Semenanjung masih
terkawal,” tambahnya.
Situasi Dr Say itu mendapat
perhatian warganet yang rata-
rata menggalakkannya untuk
berkhidmat sebagai sukarela-
wan di Sabah.
Namun, Dr Say terus ber-
depan dilema apabila isterinya
mahukan dia meletakkan diri di
posisinya sebagai suri rumah
tangga yang punyai pelbagai
komitmen. - Agensi
Cita Citata
cari lelaki
berbintang Libra
PerkongsianCitaCitatamenerima
kecaman dari warganet yang
menganggap penyanyi itu terlalu
terdesakinginmencaripengganti.
- Agensi
Selepas tiga bulan berpisah
dengan bekas teman lelak-
inya Roy Geurts pada Julai
lalu, kini penyanyi terkenal
Indonesia, Cita Citata kem-
bali membuka hatinya untuk
bercinta.
Menerusi perkongsian di
laman Instagram miliknya,
Cita Citata berkongsi ciri-ciri
pasangan yang dicari dan
antaranya lelaki itu mesti
bujang dan pintar.
“Sedang mencari lelaki
berbintang Libra, umur di
atas 28 hingga 35 tahun,
bujang dan pintar,” tulis Cita
Citata.
Bagaimanapun, perkong-
siannya itu menerima ke-
caman warganet yang be-
ranggapan penyanyi itu
terlalu terdesak ingin men-
cari pengganti.
Enggan berdiam diri, Cita
Citata memuat naik satu lagi
status yang mengatakan
perkongsiannya itu sekadar
gurauan dan berharap war-
ganet tidak menganggap
perkara tersebut dengan
serius.
“Wahai warganet yang
budiman.
Mohon
kalau
tinggalkan komen, tahan
nafas dan hembus perlahan.
Ringankan otot dan ikiran
biar hidup makin bahagia.
Janganlah semua kapsyen
dianggap terlalu serius. Tak
boleh bergurau?” katanya.
Cita dan Roy pernah
merancang untuk berkahwin
pada tahun ini, namun tarikh
perkahwinan mereka ditunda
dan
akhirnya
disahkan
berpisah.
Terkini dia dikatakan
mempunyai hubungan rapat
dengan selebriti yang juga
ahli perniagaan, Jordi Onsu
dan lebih menguatkan lagi
gosip apabila mereka hadir di
majlis ulang tahun kelahiran
kakak ipar Jordi, Sarwendah
pada penghujung Ogos lalu.
- Agensi
Max Ehrich
‘follow’ semula
IG Selena Gomez
Tindakan
bekas
tunang
kepadapenyanyi Demi Lovato
iaitu Max Ehrich mengikuti
semula akaun instagram
selebriti terkenal Selena
Gomez menarik perhatian
warganet di laman sosial.
Menerusi akaun Instagram
yang menggunakan nama
Selenander, Max Ehrich
difahamkan mula mengikuti
Instagram Selena selepas
dia berpisah dengan Demi
Lovato.
“Bekas
tunang
Demi
Lovato, Max Ehrich kem-
bali ikuti Selena Gomez
di Instagram selepas ber-
pisah dengan Demi Lovato,”
tulisnya.
Max Ehrich juga ada men-
inggalkan tanda suka di salah
satu perkongsian Selena di
Instagram malah dia ada me-
nyanyikan lagu
Ice Cream
ke-
tika melakukan siaran lang-
sung (IG Live).
PadaSeptemberlalu,Demi
Lovato telah memutuskan
pertunangannya
dengan
aktor, Max Ehrich setelah dua
bulan menjalinkan hubungan
istimewa.
Max Ehrich mengikuti semula
akaun instagramselebriti terkenal
Selena Gomez selepas berpisah
dengan Demi Lovato. - Agensi
Sebelum ini, Demi Lovato
pernah mengakui dia tidak
lagi berkawan dengan Selena
Gomez biarpun mereka per-
nah menjadi sahabat ketika
sama-samamembintangidra-
ma siri kanak-kanak Barney &
Friends. - Agensi
Perjalanan Ira Khan penuh inspirasi
Ira Khan mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemurungan dan
kini dia merasa jauh lebih baik dari sebelum ini selepas berjaya mengatasi
masalah tersebut. - Agensi
Ira Khan, anak perempuan
Aamir Khan, mendedahkan ba-
hawa dia telah mengalami ke-
murungan atau depresi dalam
tempoh yang agak lama.
Sempena Hari Kesihatan
Mental Sedunia yang disambut
di seluruh dunia baru-baru
ini, Ira mendedahkan hal ini
kepada 307,000 pengikut
Instagramnya.
Ira Khan mengakui bahawa
dia menderita kemurungan.
Melalui video yang dimuat naik,
Ira mendedahkan perjuangan
untuk pulih dari gangguan
mental setelah doktor menge-
sahkan mengalami masalah itu
empat tahun lalu.
“Hai, saya pernah mengala-
mi depresi. Saya telah melalui-
nya empat tahun lalu. Saya juga
pernah berjumpa doktor
dan menyatakan saya men-
galami kemurungan klinikal.
Saya jauh lebih baik seka-
rang. Saya mahu melakukan
sesuatu untuk hari kesiha-
tan mental, tetapi saya tidak
pasti apa yang harus dilaku-
kan,” kata Ira.
Pelakon berusia 23 ta-
hun itu menambah bahawa
dia ingin mengajak pemi-
nat melihat perjalanannya
mengatasi
kemurungan.
Dia berharap orang ra-
mai mengetahui tentang
penyakit mental dengan
lebih baik. Di akhir video,
Ira bercakap seolah-olah
seperti menyindir, ber-
tanya tentang penyebab
kemurungan.
“Saya telah memikir-
kan banyak perkara un-
tuk diperkatakan. Apa
yang harus saya katakan?
Mengapa saya melakukan
ini? Mari mulakan dari awal.
Apa yang membuatkan
saya tertekan? Siapa saya
untuk menjadi tertekan?
Saya mempunyai segala-
nya, bukan?,“ sambungnya.
– Agensi




