Previous Page  18 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 14 Oktober 2020

18

SINDIKET MACAU

SCAM, PENIPUAN

JUTAAN RINGGIT

KUALA LUMPUR

– Mutakhir

ini, semakin menjadi-jadi kes

penipuan Macau Scam yang

melibatkan bukan sahaja warga

tua sebagai mangsa, malah

orang muda juga turut terbelit

dengan perangkap sindiket dan

kerugian ada yang mencecah

jutaan ringgit.

Mengambil contoh kes di

Petaling Jaya yang dilaporkan

pada 9 Oktober lalu, seorang

pengurus agensi perbankan

kerugian hampir RM2 juta di-

tipu sindiket Macau Scam ini.

Liciknya modus operandi (MO)

ini apabila seorang wanita

menyamar sebagai ‘pegawai

polis’ menghubungi pengu-

rus itu pada petang 5 Mei dan

menyakinkan mangsa terbabit

dengan kes langgar lari yang

menyebabkan kematian. Beliau

juga didakwa mempunyai re-

kod kes pengubahan wang

haram.

Mangsa mula menyedari di-

rinya ditipu selepas mendapati

semua wang yang dipindah-

kannya ke dalam akaun bank

baharu seperti yang diarahkan

‘pegawai polis’ itu lesap begitu

sahaja. Kes yang sama juga

dilaporkan berlaku di Kajang

baru-baru ini, apabila seorang

guru wanita berusia 49 tahun

kerugian hampir RM1.13 juta

selepas terpedaya dengan

panggilan daripada individu,

menyamar sebagai pegawai

polis.

Mangsa diminta membuat

dua akaun bank dan memasuk-

kansejumlahwangyangdiminta

ke dalam akaun berkenaannya.

Apabila mendapati dirinya ter-

tipu, guru itu segera membuat

laporan polis. Bagaimanapun,

wang lebih sejuta itu sudah

lesap dan kes sedang disiasat

mengikut Seksyen 420 Kanun

Keseksaan.

Penipuan telekomunikasi

Mengakui sebenarnya se-

mua orang mudah terdedah

kepada pelbagai jenis scam

termasuklah Macau Scam,

Pakar Kriminologi & Psikologi

Prof Madya Dr Geshina Ayu Mat

Saat berkata, terdapat pelba-

gai faktor yang memungkinkan

orang ramai tidak menyedari

mereka diperdaya permainan

licik sindiket ini.

“Perlu kita faham Macau

Scam dikategorikan sebagai

satu jenayah penipuan teleko-

munikasi.

Scammer

berusaha

membuat penampilan seba-

gai pegawai yang mempunyai

autoriti, serta mampu menim-

bulkan rasa was-was, panik,

dan keinginan terhadap mang-

sa untuk membela diri atau

mengelak daripada dikenakan

tindakan undang-undang.

“Sementara faktor orangkita

mudah tertipu dengan sindiket

ini ialah kerana kewibawaan

dan kesahihan yang ditunjuk-

kan oleh penipu dengan meng-

gunakan aspek tindak balas

viseral yang membuatkan

mangsa bertindak tanpa ber-

’ikir terlebih dahulu, pemeras-

an, tekanan, keserakahan, kela-

laian, kenaifan, dan paksaan,”

katanya ketika dihubungi me-

dia baru-baru ini.

Pensyarah Sains Forensik

Universiti Sains Malaysia (USM)

itu itu menambah, sikap tidak

peduli orang ramai untuk

mengetahui kehalusan pan-

cingan

scammer

juga boleh

menjadi salah satu faktor

penyumbang.

Beliau menjelaskan, pihak

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

pada 2017 menghuraikan em-

pat MO Macau Scam iaitu

lucky

draw, authority spoo’ing

(me-

nyamar sebagai pegawai polis

atau penjawat awam),

bank

spoo’ing

(menyamar sebagai

pegawai bank), dan menyamar

sebagai penculik.

Namun, hasil kajian lepas

dan laporan rasmi dari luar

Malaysia pula menunjukkan

MO serta fenomena Macau

Scam ini lebih luas.

Dalam usaha memberi

pendidikan kepada orang ra-

mai tentang bahaya penipuan

sindiket ini, beliau menegas-

kan supaya orang ramai jangan

lalai dan memberi kebenaran

tacit (diam atau tunduk patuh)

kepada sindiket dengan mend-

edahkan maklumat peribadi

terutamanya nombor akaun

bank; serta kegagalan untuk

mengemas kini atau mengubah

keselamatan pada komputer

peribadi dan laman sesawang

urus niaga kewangan perlulah

dijauhi.

“Orang ramai juga boleh

menggunakan portal dan ap-

likasi semakan akaun penipu

yang dibangunkan Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial

(CCID) PDRM iaitu Semak Mule.

Ini satu ikhtiar yang bernas,”

tambahnya.

Keruntuhan nilai integriti

Selain isu Macau Scam,

wujud juga satu isu lain yang

perlu diberi perhatian oleh

masyarakat iaitu kegiatan pen-

gubahan wang haram ataupun

dipanggil kegiatan ‘mencuci

duit’.

Dilaporkan ada beberapa

individu daripada kalangan

pegawai penguatkuasa yang

sanggup ‘mengotorkan tangan’

dengan turut terlibat dalam

sindiket ini. Perkara ini sudah

tentunya sukar untuk kita

terima!

Suruhanjaya

Pencegahan

RasuahMalaysia (SPRM) dilapor-

kan menahan 10 orang individu

termasuk lapan orang pegawai

kanan PDRM serta merampas

wang tunai RM100,000 ber-

hubung siasatan kes kegiatan

pengubahan wang haram ha-

sil aktiviti judi dalam talian dan

Macau Scam.

Difahamkan pegawai terb-

abit ditahan kerana dipercayai

melindungi sindiket tersebut

selama ini.

Ketua Pengarah SPRM,

DatukSeri AzamBaki dilaporkan

Antara kenderaan mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan pengubahan wang haram dan

sindiket Macau Scam. – Agensi

berkata pihaknya juga menyita

730 akaun bernilai RM80 juta

milik ahli sindiket yang ditahan

termasuk selebriti.

Turut disita sebanyak 24

buah kenderaan mewah bagi

tujuan siasatan.

Turut dilaporkan, dalang

utama sindiket dipercayai

rakyat China, tetapi berop-

erasi menggunakan ejen di

Malaysia untuk menguruskan

‘pelaburan’ termasuk mencari

perniagaan berpotensi seba-

gai platform ‘mencuci’ wang

hasil penipuan itu.

Turut dibongkar beratus-

ratus syarikat dummy sengaja

diwujudkan bagi menyalurkan

dan ‘mencuci’ wang haram

itu.

Peguam Cara dan Peguam

Bela di Tetuan Nor Zabetha

Chinna & Co, Nor Zabetha

Muhd Nor ketika diminta men-

gulas perkara ini berkata, am-

atlah tidak wajar mereka yang

memiliki kad penguat kuasa

menyalahguna kuasa yang

mereka ada.

“Salah laku yang boleh

merosakkan integriti dan nama

baik badan pelaksana undang-

undang itu sendiri. Isu ketirisan

integriti dan penyalahgunaan

kuasadalamkalangan segelintir

pegawai

penguat

kuasa

semakin membimbangkan.

Malah tidak keterlaluan jika

kita katakan pegawai terbabit

ini sebenarnya membantu

menyembunyikan aktiviti ini,

dan mereka ini boleh didakwa

di bawah Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram,

Pencegahan

Pembiayaan

Keganasan dan Hasil Daripada

Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Merujuk kepada kes ini,

mungkin pegawai yang di-

tangkap ini disyaki banyak

membantu sindiket dengan

memberi segala maklumat

yang diperlukan, selain meny-

alahguna kuasa yang mereka

ada serta dibayar pula ganjaran

oleh sindiket terbabit kerana

melindungi kegiatan mereka.

“Namun sama ada mer-

eka bersalah atau tidak adalah

bergantung kepada hasil akhir

siasatan nanti,” jelasnya ketika

Macau Scam dikategorikan sebagai satu jenayah penipuan telekomunikasi.

– Gambar hiasan

Aplikasi MULE iaitu aplikasi yang

bolehmengesan akaun palsu dalam

jenayah siber. – Bernama

ditemui di ’irmanya, baru-baru

ini.

Pertingkat pelaksanaan tin-

dakan

Nor Zabetha menegaskan,

perkara paling utama sekarang

adalah untuk mempertingkat-

kan peratusan pelaksanaan tin-

dakan terhadap laporan yang

diterima pihak berkuasa, supa-

ya ianya selari dengan jumlah

laporan yang diterima.

“Secara peribadi, saya me-

lihat undang-undang dan hu-

kuman sedia ada melibatkan

isu ini sudah mantap, namun

kadar peratusan pelaksanaan-

nya yang dilihat agak rendah.

Apabila semakin banyak siasa-

tan, tindakan dan paling utama

ada hukuman yang dikena-

kan kepada pelaku oleh pihak

berkuasa dijalankan akan men-

jadikan penjenayah lebih takut.

“Di Malaysia, bukan sahaja

kespenipuanMacauScamtetapi

jenis-jenis penipuan lain, mala-

han ada yang dilaporkan jutaan

ringgit wang penipuan yang di-

kumpulkan oleh penjenayah.

Namun kita dapat lihat

ada di antaranya, tiada tang-

kapan atau hukuman penjara

menyebabkan penjenayah se-

makin berani untuk melakukan

aktiviti penipuan kerana me-

mikirkan mereka mungkin be-

bas dan lepas tanpa sebarang

tindakan,” jelasnya. – Bernama

Peguam Cara dan Peguam Bela di Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co, Nor

ZabethaMuhdNor ketika temubual khas berkenaan isu kes penipuanMacau

Scam di ‹irmanya. – Bernama