Rabu, 14 Oktober 2020
19
Rabu, 14 Oktober 2020
19
ALAT PENGHAWA DINGIN/
PETI SEJUK
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN
PAIP/ELEKTRIK
LEEMOI SERVICE & REPAIR
Aircon, Icebox, Freezer, W.Machine,
Repair, Wiring, Hse to Hse. 8910790
PLUMBING TOILET & KITCHEN
block, electric, welding, painting,
tiling, repair work. Tel: 8678970
PLUMBING, HOUSE RENOVA
TION,
Electric,
Roof
Leaking,
Welding, Aluminium, Toilet Block.
8885975/ 7155975
KEBULURAN
DI AUSTRALIA
MENINGKAT
DUA KALI GANDA
SYDNEY –
Jumlah penduduk di Australia
yang memerlukan sumbangan makanan
hampir dua kali ganda semasa COVID 19,
dengan pekerja biasa dan pelajar antara-
bangsa paling teruk terjejas, menurut satu
laporan terbaharu pada Isnin.
Menurut agensi berita
Xinhua
yang
memetik badan amal terbesar di negara ini,
Foodbank, tiga daripada 10 rakyat Australia
mengalami masalah keselamatan makanan
pada 2020 dan tidak pernah berhadapan
masalah itu sebelum COVID 19.
“Laporan itu menyatakan, ketika keper-
luan untuk bantuan makanan menjadi agak
tidakmenentu dan tidak dapat dijangka, ba-
dan amal melaporkan bahawa permintaan
keseluruhan meningkat 47 peratus dan ke-
banyakan daripada mereka yang kini men-
galami kekurangan makanan belum pernah
memerlukan bantuan sebelumnya,” kata
Xinhua
memetik Ketua Pegawai Eksekutif
Foodbank Australia, Brianna Casey.
Pekerja biasa, yang mungkin kehilangan
pekerjaan akibat pandemik itu, dan pelajar
antarabangsa, selalunya tidak layak menda-
pat bantuan kerajaan, menjadi dua kumpu-
lan paling terjejas berbanding yang lain.
Selain itu, golongan muda yang men-
galami masalah itu jauh lebih tinggi ber-
banding generasi lebih berusia, iaitu 65
peratus dalam kalangan mereka berusia 18
hingga 25 tahun akan berlapar sekurang-
kurangnya sekali seminggu.
Sementara kerajaan memperkenalkan
pakej kebajikan bertujuan membantu mere-
ka yang terkesan akibat pandemik, laporan
itu mendapati wujud kebimbangan menge-
nai bagaimana untuk bertahan selepas pem-
bayaran berakhir atau dikurangkan.
Sementara itu, ramai pelajar antara-
bangsa yang tinggal di Australia semasa
pandemik - dan juga mereka yang kehi-
langan pekerjaan dalam beberapa bidang
- sebahagian besarnya tidak mendapat
bantuan tersebut.
“Disebabkan status visa mereka, seba-
hagian besar pelajar antarabangsa tidak
memenuhi syarat untuk mendapatkan
bantuan kerajaan walaupun kebanyakan
dari kumpulan ini telah kehilangan peker-
jaan sejak pandemik bermula,” kata lapo-
ran itu.
“Ramai yang berada dalam kedudukan
yang sangat sukar, tidak dapat pulang dan
bersama keluarga yang mungkin turut ber-
hadapan kesukaran dan tidak dapat mem-
bantu mereka.” – Bernama
Sejumlah penduduk Australia memerlukan
sumbangan makanan hampir dua kali
ganda semasa COVID19. – Gambar Hiasan




