Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 14 Oktober 2020

21

KAKI KATAK SAJIAN

ISTIMEWA DI PERANCIS

Cef Gilles Reinhardt (kiri) dan Olivier Couvin menyediakan kaki katak di restoran Paul Bocuse di

Collonges au Mont D’Or, berhampiran Lyon, tengah Perancis. – AFP

PIERRELATTE, PERANCIS –

Setiap ta-

hun, warga Perancis memakan kira-kira

4,000 tan kaki katak – bersamaan den-

gan 40 ekor ikan paus biru.

Namun hampir kesemua bahagian

badan haiwan am ibia yang disajikan di

pinggan Perancis datang dari luar ne-

gara, sejak penangkapan haiwan dilin-

dungi itu diharamkan dan penternakan

mereka dikawal ketat.

Salah seorang daripada segelin-

tir penternak katak di Perancis, Patrice

Francois, membekalkan ‘cuisses de

grenouille’ kepada dapur restoran bin-

tang Michelin dan bistro di kawasan

sekitarnya.

Namun 100,000 haiwan yang sedang

diternak di rumah hijaunya di Pierrelatte

di tenggara Perancis tidak menjejas per-

mintaan untuk makanan istimewa yang

membantu Perancis memperoleh nama

gelaran ‘katak’, sekurang-kurangnya da-

lam dunia pertuturan Inggeris.

“Menternak katak adalah sukar,” be-

ritahu Francois kepada

AFP

di tengah

bunyi menguak yang membingitkan dari

puluhan kolam yang dipenuhi dengan

katak paya, keistimewaan ladangnya.

“Ia mula membuahkan hasil, namun

saya masih belum memperoleh penda-

patan lumayan daripadanya,” kata lelaki

berusia 56 tahun itu, yang memulakan

ladang katak pertama di Perancis sepu-

luh tahun lalu.

Untuk mencukupkan belanja, dia

juga mengendali sebuah kedai ikan di

Roanne, kira-kira 230 kilometer dari

utara.

Dari masa pengeraman telur se-

hingga membesarkan berudu sehingga

besar, ia mengambil masa kira-kira seta-

hun untuk menjadi seekor katak dengan

berat 50 hingga 100 gram, setiap satu

menghasilkan dua kaki belakang yang

jauh lebih kecil daripada paha ayam.

“Kami mengawal seluruh rantaian

pengeluaran, daripada pembiakan ke-

pada penyembelihan dan penghan-

taran,” menurut Francois.

Namun terdapat banyak halangan

yang dihadapi dalam proses itu.

Untuk proses mengawan berlaku,

keadaan perlu sesuai, dengan cuaca

malah kitaran bulan menjejas mood hai-

wan berkenaan.

Setiap persenyawaan telur katak jan-

tan dan betina boleh mempunyai kadar

kejayaan sifar hingga 100 peratus, ber-

gantung pada keadaan, kata Francois.

Untuk satu juta telur dihasilkan di

ladang, kira-kira 100,000 atau 10 pera-

tus akan matang dan menjadi katak

akhirnya.

Haiwan itu mudah menjadi stres,

yang mendatangkan keburukan kepada

kesihatan dan pembesaran mereka, dan

boleh melemaskan sekiranya terlalu

banyak dikumpulkan bersama.

Katak juga perlu dikumpulkan ber-

dasarkan saiz untuk menghalang yang

lebih besar daripada memakan katak

lebih kecil.

Lima ladang di Perancis menghasil-

kan kira-kira 10 tan daging katak setiap

tahun secara purata, menurut kemente-

rian perladangan, jumlah yang mungkin

mencecah 20 atau 50 tan pada tahun

ini.

Katak telah dimakan di Perancis be-

rabad lamanya, terutamanya di kawasan

timur negara, tetapi telah menjadi spe-

sies dilindungi sejak 2007 disebabkan

jumlah yang semakin merosot.

Hanya penangkapan kecil untuk pe-

makanan domestik dibenarkan, dengan

denda besar dikenakan ke atas sesiapa

yang cuba menangkap mereka untuk

dijual.

Sembilan puluh sembilan peratus

ka-tak yang dimakan di negara datang

dari luar negara – dihantar hidup-

hidup atau disejukkan terutamanya

dari Albania, Turki, Bulgaria, Mesir,

Belgium dan Itali, dan dalam bentuk

sejuk beku dari Indonesia, Vietnam

dan India, menurut kementerian per-

tanian Perancis.

Katak juga dimakan di negara Eropah

lain seperti Belgium, di utara Amerika

Syarikat dan di sebahagian kawasan

Asia.

Pemakanan global, menurut satu

kajian pada 2020, adalah 800 juta un-

tuk 3.2 bilion katak, dengan AS dan

Kesatuan Eropah pengimport terbesar,

dan Indonesia dan China pengeksport

utama.

Penyokong pemuliharaan meng-

ingatkan banyak spesies katak yang

menghadapi risiko kepupusan, dido-

rong sebahagian besar oleh pemakanan

manusia.

Di negara pengeksport utama Turki,

spesies yang ditangkap mungkin pu-

pus pada tahun 2032, menurut satu ka-

jian yang disiarkan pada tahun ini oleh

Cambridge University Press.

Di antarapelanggan terkenal Francois

adalah restoran bintang dua Michelin

Bocuse, terletak berdekatan Lyon di

timur Perancis, yang mempunyai kaki

katak di menu musim luruhnya.

Cef Gilles Reinhardt berkata restoran

itu sudah lama tidak mempunyai pilihan

kecuali bergantung pada import.

“Namun tiada apa-apa yang menga-

tasi katak Perancis yang amat sedap ini.

Pelanggan sukakannya,” beritahunya ke-

pada

AFP

.

“Dagingnya adalah lebih lembut, le-

bih berisi dan pejal,” kata beliau.

Restoran itu memesan 400 kaki –

atau 200 pasang – dua kali seminggu

dari Patrice Francois.

“Kami menjualnya semua, meskipun

pandemik COVID dan kekurangan pe-

langgan asing,” kata Reinhardt. – AFP

Seorang cef menyediakan kaki katak di

restoran Paul Bocuse di Collonges au Mont

D’Or, berhampiran Lyon, tengah Perancis. -

AFP

Katak-katak berdiri dalam kolam di sebuah ladang katak di Pierrelatte, selatan Lyon, – AFP