Khamis, 15 Oktober 2020
13
NASA LANCAR
PROGRAMARTEMIS
WASHINGTON,
14
OKT
NASA
mengumumkan semalam lapan negara telah
menandatangani satuperjanjianantarabangsa
bergelar Perjanjian Artemis yang menggaris
kasar prinsip penjelajahan Bulan pada masa
depan.
Perjanjian itu membuka laluan kepada
anggota pengasas – Australia, Kanada,
Itali, Jepun, Luxembourg. Emiriah Arab
Bersatu, Britain dan Amerika Syarikat – untuk
mengambil bahagian dalam program Artemis
NASA, yang bertujuan membawa semula
manusia ke planet terdekat Bumi pada 2024.
“Artemis
akan
menjadi
program
penjelajahan
angkasa
lepas
manusia
antarabangsa paling meluas dalam sejarah,
dan Perjanjian Artemis merupakan alat yang
akan menubuhkan gabungan global ini,” kata
Pentadbir NASA Jim Bridenstine.
“Dengan pemeteraian hari ini, kami bersatu
dengan rakan kami untuk meneroka Bulan
dan menubuhkan prinsip penting yang akan
mewujudkan masa depan selamat, aman dan
makmur dalam angkasa lepas untuk dinikmati
oleh semua manusia.”
Sementara NASA akan memimpin pro-
gram Artemis, ia telah menekankan keperluan
perkongsian antarabangsa untuk memban-
gunkan kewujudan mapan di Bulan, sesuatu
yang dianggap oleh agensi sebagai kunci
sebelum misi manusia ke Marikh.
Agensi berharap, misalnya, untuk meng-
gali ais dari kutub selatan Bulan untuk mem-
bekal air minuman dan memecahkan molekul
untuk menghasilkan bahan api roket untuk
perjalanan seterusnya.
Ia juga merancang mendirikan stesen
angkasa lepas orbit dipanggil Gateway. - AFP
Dadah disorok dalam tayar ganti
FOREST, MISSISSIPPI, 14 OKT
Pegawai
penguatkuasaan yang menghentikan se-
orang pemandu atas kesalahan lalu lintas di
Mississippi menemui kira-kira 37 paun
meth-
amphetamine
tersembunyi dalam tayar ganti
yang disorok dalam kenderaan.
Pejabat Syerif Daerah Scott dan Jabatan
Polis Flowood menghentikan sebuah trak
di lebuh raya antara negeri berhampiran
Flowoodpada awal bulan ini keranamendapati
ia dipandu dalam ‘cara cuai,’ menurut agensi.
Seorang pegawai yang menjalankan
operasi itu menemui sebiji tayar di bawah
trak, dan di dalamnya terdapat 37.5 paun
methamphetamine
bernilai AS$35,000 di
pasar gelap, lapor
WLBTTV
, memetik pihak
berkuasa.
Pemandu itu didakwa menyeludup
methamphetamine
, kata Syerif Daerah Scott.
Suspek belum dikenal pasti dan masih
tidak jelas sama ada mereka telah ditahan. -
AP
Turki haramkan drama Bahasa Kurdish
Aktres Ruges Kirici bercakap kepadamedia di hadapan bangunan teater metropolitan Istanbul selepas pihak
berkuasa Turki mengharamkan drama Bahasa Kurdish di DaerahGaziosmanpasa di Istanbul pada 13Oktober.
- AFP
ISTANBUL, 14OKT
Pihak berkuasa Turki telah
mengharamkan drama Bahasa Kurdish yang di-
jangka dibuka semalam di teater perbandaran
Kabul untuk kali pertama dalam sejarah 106 ta-
hunnya, beritahu penganjur kepada
AFP
.
‘Beru’, adaptasi Kurdish ‘Trumpets and
Raspberries’ oleh Dario Fo, dimasukkan dalam
program Teater Bandar Istanbul pada Oktober.
Teater bandar itu diletak di bawah bidang
kuasa kerajaan pembangkang sekular parti
CHP.
Kerja-kerja Fo sebagai penulis drama dan
satira diberi pengiktirafan pada 1997 den-
gan Hadiah Kesusasteraan Nobel. Namun
pihak berkuasa berkata drama telah diharam-
kan disebabkan isu ‘ketenteraman awam’
dan propaganda penyebaran untuk Parti
Pekerja Kurdistan (PKK), disenaraikan sebagai
kumpulan keganasan.
Satiramembabitkanseorangahli politikyang
diselamatkan daripada penculikan dengan wa-
jahnya tersilap dibina semula di hospital dalam
rupa seorang lelaki yang menyelamatkannya.
Dipersembahkan oleh Teatra Jiyana Nu,
ia dijangka dibuka di Gaziosmanpasa pada
1730 GMT, tetapi berita pengharaman hanya
diterima beberapa jam sebelum tirai dibuka.
“Kami semua berada di pentas untuk
latihan dan bersedia untuk mengadakan
pertunjukan tetapi sebaliknya diberikan satu
kenyataan dari pentadbiran tempatan bahawa
kami telah diharamkan,” beritahu aktres Ruges
Kirici kepada
AFP
di luar teater, yang diletak di
bawah kawalan polis.
“Kami tidak boleh membuat persembahan
buat masa sekarang,” katanya. – AFP




