Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 15 Oktober 2020

14

BANK DUNIA LULUS DANA

AS$12 BILION UNTUK VAKSIN

Gambar fail menunjukkan sudut jalan antara ibu pejabat Bank Dunia dan bangunan IMF di

Washington pada 1 Oktober. Bank Dunia berkata ia meluluskan dana berjumlah AS$12 bilion

untuk negara-negaramembangun bagi membiayai pembelian dan pengagihan vaksin, ujian dan

rawatan COVID‰19. – AFP

WASHINGTON, 14 OKT ‘

Bank Dunia

kelmarin mengumumkan Lembaga

Pengarah Eksekutifnya meluluskan

AS$12bilionuntukmembiayaipembelian

dan pengedaran vaksin, ujian saringan

dan rawatan COVID19 kepada negara-

negara membangun, lapor Agensi Berita

Xinhua

.

Pembiayaan itu bertujuan me-

nyokong program vaksinasi untuk satu

bilion orang, sebahagian pakej Bank

Dunia keseluruhan bernilai AS$160 juta

sehingga Jun 2021 bagi membantu ne-

gara-negara membangun memerangi

pandemik, menurut satu kenyataan.

Pembiayaan baharu itu untuk pro-

gram tindak balas kecemasan COVID19

Bank Dunia yang meliputi 111 buah

negara.

Penduduk di negara-negara mem-

bangun juga memerlukan akses ter-

hadap vaksin COVID19 yang selamat

dan efektif, menurutnya.

“Kami meningkatkan bantuan se-

hingga negara-negara membangun

memiliki akses terhadap vaksin,” kata

Presiden Kumpulan Bank Dunia David

Malpass dalam satu kenyataan.

“Akses kepada vaksin efektif dan

selamat serta sistem penghantaran

kukuh adalah penting untuk mengubah

laluan pandemik danmembantu negara-

negara yang mengalami bencana

ekonomi dengan Œiskal terjejas bergerak

ke arah pemulihan mudah pulih,”

ujarnya.

PertubuhanKewanganAntarabangsa,

cawangan pemberi pinjaman sektor

swasta dari Bank Dunia telah melabur

dalam pengilangan vaksin menerusi

Platform Kesihatan Global sebanyak

AS$4 bilion, menurut Bank Dunia.

Para penyelidik sedang mengusa-

hakan lebih 170 vaksin COVID19 yang

berpotensi.

Kes COVID19 global melepasi 38

juta, malam kelmarin, dengan lebih

sejuta kematian dilaporkan, menurut

data Johns Hopkins University.

Dalam laporan terbaharu Prospek

Ekonomi Dunia dikeluarkan kelmarin,

Tabung

Kewangan

Antarabangsa

(IMF) meramalkan ekonomi global

menguncup sebanyak 4.4 peratus pada

2020, memberi amaran mengenai krisis

ini kemungkinan besar akan “berlarutan

untuk tempoh masa yang panjang dan

tidak menentu.” – Bernama/AFP

IMF: Kerosakan akibat pandemik dijangka berpanjangan

WASHINGTON, 14OKT‘

Krisis ekonomi

global tidak akan seteruk yang dikhuatiri

berlaku tahun ini, namun KDNK akan

mengecut 4.4 peratus dan kerosakan

akibat pandemik akan dirasakan selama

bertahun-tahun, kata Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF) hari ini.

Suntikan modal besar-besaran

dalam

bantuan

kerajaan

akan

memastikan ekonomi negara-negara

di dunia daripada merosot teruk dalam

2020, namun kewujudan berterusan

COVID19

bermakna

ramalan

kemungkinan besar tidak pasti, kata

IMF dalam Prospek Ekonomi Dunia

terbaharunya.

Kemelesetan kurang teruk namun

masih mendalam dan ‘kemuncak ben-

cana ini kelihatannya mungkin lama,

tidak rata, tidak pasti,” kata ketua ahli

ekonomi IMF, Gita Gopinath dalam la-

poran yang disiarkan menjelang me-

syuarat tahunan IMF dan Bank Dunia.

Keputusan itu ‘akan menjadi lemah

jika bukan kerana respons cukup

besar, pantas dan tidak pernah berlaku

dahulu dari kerajaan dan bank-bank

pusat, yang berjumlah AS$12 trilion,

katanya, sekali lagi memberi amaran

bahaya untuk menghentikan sokongan

terlalu cepat.

IMF mengemaskinikan ramalan

KDNK global bagi tahun ini sekitar 0.8

peratus mata, namun mengurangkan

ramalan pertumbuhan 2021 kepada 5.2

peratus. – AFP

Kru catat rekod

terpantas tiba di ISS

ALMATY, KAZAKHSTAN, 14 OKT ‘

Tiga kru selamat tiba di Stesen Ruang

Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini

dengan menaiki roket Rusia dalam per-

jalanan paling pantas dari Bumi kira-kira

tiga jam.

Misi dalam pesawat angkasa Soyuz

itu membawa dua kosmonaut Rusia dan

seorang angkasawan NASA merupa-

kan detik penting kepada agensi ang-

kasa Rusia, Roscosmos, ketika program

SpaceX melancarkan semula pener-

bangan angkasa dikawal manusia dari

Amerika Syarikat dan mencetuskan

rundingan baharu persaingan angkasa

antara dua negara.

Roscosmos berkata ‘rekod baharu

bagi penerbangan ke ISS itu ditetapkan

– pada jumlah masa dari pelancaran

hingga berlabuh di Soyuz MS17 adalah

tiga jam dan tiga minit’.

Roscosmos berkhidmat menghantar

angkasawan AS ke ISS sejak kapal ang-

kasa ‘bersara’ pada 2011. - AFP

Kate Rubins (tengah), Sergey Ryzhikov

dan Sergey Kud-Sverchkov (atas) sebelum

memasuki SoyuzMS‰17bagi perjalananke ISS,

pada 14 Oktober. – AP

Apple hasil iPhone guna nadir bumi kitar semula

SAN

FRANCISCO,

14

OKT

‘

Apple akan menghasilkan iPhone

terbaharunya menggunakan nadir

bumi kitar semula sebagai sebahagian

daripada inisiatif penjagaan alam

sekitar selain mempunyai implikasi

geopolitik.

Ia adalah sebahagian daripada

tindakan kemapanan Apple dalam

inisiatif sebelum ini termasuk janji

menjadi 100 peratus pengguna

karbon neutral dalam semua aspek

perniagaannya.

Ketua Dasar Alam Sekitar Apple,

Lisa Jackson ketika memperkenalkan

iPhone 12 dalam talian buat kali

pertama,

mengatakan

Apple

menggunakan unsur 100 peratus

bahan kitar di semua magnet

termasuk kamera, haptik dan MagSafe

(penyambung).

Keputusan

itu

adalah

atas

kesedaran mengenai pembaziran

berbilion telefon pintar apabila

pengguna menaik taraf ke model

baharu selain ketegangan politik

terhadap bahan kitar semula yang

diperlukan untuk elektronik. – AFP

Dalam pada itu, aktivis turut

menyatakan kebimbangan mengenai

kesan alam sekitar hasil aktiviti

perlombongan, yang mana beberapa

bahan digunakan dikeluarkan dari

negara menindas pekerja dan

melanggar hak asasi manusia.

Dalam ketegangan perdagangan

di antara China dan Amerika Syarikat

(AS) ketika ini, negara ‘Tembok Besar’

itu mengugut untuk menghentikan

bekalan beberapa elemen penting

hingga

menimbulkan

bimbang

kekurangan bekalan. – AFP

Saudi hos G20 bincang pemulihan hutang, virus

RIYADH, 14 OKT ‘

Menteri-menteri

Kewangan dan bank pusat negara

G20 dijadualkan berhimpun hari ini

khusus membincangkan pelaksanaan

pemulihan global, susulan krisis

dicetuskan pandemik COVID19 dan

menimbangkan

cadangan

untuk

melanjutkan tempoh bayaran hutang

bagi negara miskin.

Perbincangan secara maya yang di-

anjurkan presiden semasa G20, Arab

Saudi dilaksanakan sehari selepas Dana

Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi

amaran, Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) global akan menguncup 4.4 per-

atus pada tahun 2020 dengan kesan ke-

musnahan pandemik bakal dirasai untuk

beberapa tahun lagi. – AFP