Previous Page  16 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 15 Oktober 2020

16

OTAI TETAP

CERGASMAIN

BOLA SEPAK

MEDJA, SERBIA

– Kehidupan Dragisa

Kosnic tidak pernah lari dari bola sepak

meskipun berusia hampir 67 tahun dan

belum mempunyai rancangan untuk

menggantung kasut bolanya.

Dia bermain minggu ke minggu

dalam liga bola sepak rasmi Serbia,

yang memerlukan ujian perubatan yang

ketat untuk memeriksa kecergasannya

sebelum setiap musim.

Dia mengatakan tidak mengetahui

pemain lain seusianya dalam kedudukan

yang sama - rakan sepasukannya

kebanyakannya jauh lebih muda yang

layak dianggapnya sebagai cucu.

Kosnic, atau biasa dipanggil ‘Kole’,

bermain untuk pasukan tempatannya di

timur laut Serbia, Proleter Medja, yang

kini berada dalam liga divisyen keenam.

Dengan menaiki kereta Yugo yang

berusia puluhan tahun dengan kasut

bola yang lusuh dan alas kaki yang

compang-camping, dia menuju ke

padang yang tidak rata di tempat dia

pernah bermain dalam pertandingan

liga pertamanya pada tahun 1968.

“Saya percaya bahawa tidak ada

pemain

berdaftar

(seusia

saya),

dan jika ada, saya ingin bertemu

dengan mereka dan bertanding,” kata

Kosnic memberitahu AFP, sebelum

pertandingan akhir bulan lalu.

Pemain tengah pertahanan yang

hebat mengakui bahawa dia tidak selalu

dapat mengikuti rakan sepasukannya,

yang termuda di antaranya adalah 50

tahun lebih muda.

“Saya bermain lebih banyak dengan

‘membaca permainan’, jadi saya tahu

bila hendak mula berlari, bila harus

berhenti dan bila hendak memecut,”

katanya.

“Walaupun pada keesokan harinya

dan dua hari selepas (perlawanan), otot

saya sakit, saya tempang sedikit, jadi

saya berendam di tab mandi air panas,

dan setelah dua hari, saya bersedia

untuk bermain lagi.”

Kosnic tinggal di kampung Medja di

rumah usang yang sama dia dilahirkan.

Dia menerima pencen kurang dari

130 euro (AS$153) sebulan dan juga

membela beberapa ekor kambing dan

biri-biri.

Pada lewat 1970an ketika Kosnic,

yang juga biasa melatih pemain, berada

di puncak karier bola sepaknya, dia

bermain untuk pasukan lain, Proleter

Zrenjanin.

Kelab ini bertanding dalam bekas

Kelihatan Dragisa Kosnic (kiri) cuba menyaingi pihak lawan. – AFP

Dragisa Kosnic (depan, kanan) menyapa pihak lawan sebelummemulakan pertandingan. – AFP

DragisaKosnicmerupakanpemainbola sepak tertuayangbersiapsediauntukpertandinganbola

sepak di barat laut Medja. – AFP

divisyen dua Yugoslavia tetapi berjaya

menyingkirkan juara musim itu, Hajduk

Split dalam pertandingan piala pada

tahun 1978.

Diberi inspirasi oleh orang ramai,

Kosnic bersinar di lapangan dan

mengatakan bahawa selepas itu dia

didatangi oleh Hajduk untuk bergabung

dengan kelab elit Croatia.

Tetapi, nasib tidak menyebelahinya

- empat hari kemudian dia mengalami

patah kaki dalam perlawanan lain,

kecederaan yang disalahkannya kerana

merosakkan kariernya pada usia 25

tahun.

Walaupun doktor menasihatkan

Kosnic agar tidak bermain lagi, kurang

dari setahun kemudian dia kembali ke

padang dan sejak itu dia tidak berhenti.

Ketika ini dia tidak sepantas dulu tetapi

masih berjaya melakukan beberapa

gerakan penting yang membantu

pasukannya menang 2–1 menentang

saingan tempatan.

Kosnicmengatakandiamengamalkan

diet makanan yang sederhana, terutama

berasaskan tenusu.

“Saya tidak pernah meninggalkan

susu. Setiap hari, sekurang-kurangnya

satu liter.

“Saya makan telur, tidak banyak.

Apabila ada daging, saya memakannya,

saya makan apa yang saya ada,” katanya.

– AFP

Dragisa Kosnic ketika memerah susu kambing di rumahnya. – AFP