Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 15 Oktober 2020

21

TOMSK, RUSIA

– Rumah kayu

penuh hiasan yang bertaburan

di bandar Siberia Tomsk me-

rupakan tempat yang dijaga

dengan baik, namun ia tidak

menghalang kebanyakan dari-

padanya menjadi kopak-kapik

selepas dibiarkan terabai ber-

tahun-tahun lamanya, dengan

sesetengahnya kini berdepan

perobohan.

Bangunan ikonik di sana sini

masih mempunyai bahagian

luar yang berwarna cerah dan

terjaga dengan ukiran kayu

berjalin-jalin dan kompleks

menghiasi bingkai tingkap dan

bumbung.

Bagaimanapun,

sejum-

lah besar kelihatan seolah-

olah telah ditinggalkan tanpa

penghuni.

Rumah bandar itu mewakili

beberapa contoh terbaik seni

bina kayu dalam negara.

Namun ahli sejarah di ban-

dar berkata masa depan pe-

ninggalan tersebut adalah

tidak terjamin, dengan bantuan

kerajaan terlalu perlahan untuk

memenuhi keperluan terde-

sak untuk menyelamatkannya

dan juga pihak komersial yang

berlumba-lumba untuk mema-

jukan hartanah di sana.

Kebanyakan rumah hanya

mampu bertahan setakat ini

sahaja disebabkan penduduk

‘dipaksa tinggal dalam apa

yang telah pun wujud,’ beritahu

ahli sejarah Sergei Maltsev, 46,

kepada

AFP

.

Terdapat kira-kira 2,000

rumah bersejarah di bandar

yang mempunyai 575,000

penduduk, menurut Maltsev,

berkata kurang daripada 100

yang dijaga oleh kerajaan

sebagai tapak warisan.

Sesetengahnya

menjadi

mangsa pemaju hartanah dan

boleh dirobohkan atas arahan

dari datuk bandar.

Kira-kira 2,900 kilometer

dari timur Moscow, Tomsk ialah

salah satu bandar paling tua di

Siberia, ditubuhkan pada 1604

di tebing sungai Tom.

Padaawalabadke-20,iamer-

upakan pusat pengangkutan

STATUS RUMAH KAYU BERHARGA

SIBERIA TERANCAM

Ahli perniagaan Rusia Alexander Lunev menunjukkan apartmennya yang

berasal dari bekas menara air di bandar Siberia Tomsk. – AFP

Alexander Lunev duduk di tingkap bekas menara air, yang dibelinya dan

diubah menjadi sebuah apartmen, di bandar Tomsk, Siberia. – AFP

Alexander Lunev berjalan menaiki tangga di apartmennya dalam bekas menara air di Bandar

Tomsk. – AFP

utama di mana peniaga akan

melaluinya dalam perjalanan

mereka ke Asia.

Peniaga dan tukang besi

membina ratusan rumah yang

dibuat daripada kayu – bahan

pembinaan yang mampu dibeli

pada masa itu – untuk mem-

buktikan kejayaan mereka.

Namun era kemakmuran

yang dinikmati tidak bertahan

lama.

Pada tahun 1910, Tomsk di-

lucutkan statusnya sebagai ibu

negeri serantau sebagai memi-

lih sebuah kampung bergelar

Novonikolaeyvsk, terletak kira-

kira 265 kilometer dari barat

daya, yang dijangka menjadi

satu tempat persinggahan da-

lam sistem perkhidmatan kere-

ta api Rentas Siberia.

Penempatan itu kemudian

dinamakan semula sebagai

Novosibirsk, kini bandar ketiga

terbesar di Rusia dan sebuah

pusat industri besar yang

didominasi oleh bangunan era

Soviet yang tersergam indah

yang dibuat daripada blok

konkrit.

Pada tahun 2016, satu

projek dilancarkan bertujuan

menubuhkan zon pemuli-

haraan bersejarah di Tomsk di

mana rumah kayu tidak boleh

dimusnahkan.

Namun inisiatif tersebut ga-

gal dilancarkan seperti yang di-

jadual walaupun Presiden Rusia

Vladimir Putin secara peribadi

mengarahkan kerajaan tem-

patan supaya mempertingkat

usaha pemuliharaan pada ta-

hun lalu.

Maltsev

menyalahkannya

sebagai ‘lobi oleh syarikat

pembinaan’ atau ‘penangguhan

birokratik biasa.’

Satu lagi program pemuli-

haraan melihat bangunan yang

disewa pada harga simbolik

dengan syarat ia akan dipu-

lihkan oleh penghuni baharu

berkenaan.

Namun ia masih belum

memberikan sebarang impak

besar.

Maltsev berkata program itu

‘berkesan’ tetapi mendapati ia

telah menyelamatkan kurang

daripada 10 buah rumah sejak

dilancarkan tiga tahun lalu.

“Ia mengambil masa yang

lama dan tidak adanya ramai

pelabur berdasarkan situasi

ekonomi sekarang,” beritahu-

nya kepada

AFP

.

Ahli sejarah percaya ‘hanya

semangat politik’ yang dapat

melindungi tempat bersejarah

itu.

Beliau memberikan satu

contoh pengubahsuaian berte-

rusan di bandar Plyos di Sungai

Volga di mana bekas presiden

dan perdana menteri Dmitry

Medvedev dipercayai memiliki

sebuah estet.

“Malangnya, tidak ada bos

terkenal berasal dari Tomsk,”

seloroh Maltsev. – AFP